TERAPI CARA KERJA

Definisi

Umum:
Terapi cara kerja melibatkan penilaian fungsi kognitif dan persepsi individu, kebolehan menjalankan tugas harian seperti berjalan, mandi, makan, memakai baju dan membuat kerja rumah. Terapi ini melibatkan latihan semula otak mangsa strok untuk menyesuaikan diri kepada kekurangan yang dialami. 

Foster & Johnson (2002):
Terapi cara kerja merupakan 'Latihan aktiviti-aktiviti yang bermakna untuk meningkatkan tahap kefungsian seharian dan mencegah ketidakupayaan atau kecacatan ke atas individu yang mempunyai masalah mental dan fizikal pada semua peringkat umur'.

NASAM:
Terapi cara kerja merupakan sejenis pemulihan untuk memperbaiki kualiti hidup seseorang. Ia tertumpu kepada memperbaiki kebolehan menjalankan aktiviti seharian, penjagaan diri dan kemandirian di tempat kerja dan riadah.

Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST):
Terapi cara kerja ialah ktiviti pemulihan yang memberi fokus kpada pemulihan kecederaan, penyakit, kecacatan fizikal dan mental serta faktor keuzuran seseorang individu bagi membolehkan mereka berdikari dalam melakukan aktiviti kehidupan harian, produktiviti dan pelbagai aktiviti riadah.

Objektif

1. Memulihkan anggota yang lemah supaya dapat berfungsi dengan baik.
2. Membolehkan individu menguruskan kehidupan seharian dengan baik.
3. Membolehkan individu berdikari dalam melakukan kerja harian.

Kepentingan

Kepentingan Utama:
1. Dilakukan untuk membantu seseorang menguasai kemahiran motor halus dengan lebih baik.
2. Membantu meningkatkan kemampuan atau keupayaan seseorang untuk melakukan sesuatu dengan menggunakan otot-otot kecil.
3. Membantu meningkatkan tahap kefungsian seharian dan mencegah ketidakupayaan ke atas individu yang mempunyai masalah mental dan fizikal pada semua peringkat umur.

Kepentingan Untuk Murid-murid Berkeperluan Khas
1. Membantu kanak-kanak dalam perkembangan asas seperti mandi, berpakaian, memberus gigi dan makan.
2. Membantu kanak-kanak yang mengalami gangguan perilaku emosi dengan mempelajari teknik-teknik pengurusan emosi.
3. Kanak-kanak akan dapat belajar cara-cara positif untuk menghadapi kemarahan seperti menulis atau melakukan aktiviti-aktiviti fizikal.
4. Mengajar kanak-kanak yang mempunyai kecacatan fizikal dengan kemahiran koordinasi yang diperlukan seperti makan sendiri.
5. Menilai kemampuan setiap anak dalam setiap peralatan khusus seperti kerusi roda dan peralatan mandi. 

Individu Yang Terlibat

Individu yang terlibat dalam terapi cara kerja termasuklah mereka yang mempunyai masalah fizikal atau fizikal seperti:
- prematurity
- birth defect
- spina bifida
- attention deficit hyperactivity disorder
- developmental disabilities
- cerebral palsy
- autism
- stroke
- arthritis
-sensory disfunction

Aktiviti Terapi Cara Kerja

Aktiviti terapi cara kerja dijalankan oleh ahli terapi cara kerja yang berkemahiran dan terlatih sahaja. Peralatan untuk menjalankan aktiviti terapi cara kerja biasanya hanya boleh didapati di pusat-pusat latihan tertentu sahaja. Namun, guru Pendidikan Khas juga boleh melakukan terapi cara kerja yang mudah dan bersesuaian ke atas murid-murid berkeperluan khas di sekolah.

Antara aktiviti terapi cara kerja yang boleh dijalankan ialah:
- latihan aktiviti yang berkaitan dengan kemahiran hidup
- latihan provokasional
- latihan aktiviti membuka dan memasang peralatan
- latihan aktiviti yang berkaitan dengan kemahiran manipulatif

Contoh-contoh aktiviti:
- Membuat gelang tangan manik
- Membuat sandwich

0 comments:

Post a Comment