PENGENALAN

Perkataan 'Terapi' berasal daripada perkataan Greek, iaitu 'Therapeia' yang bermaksud satu perkhidmatan dan satu kehadiran yang berkaitan dengan perkataan Greek, 'therapeuo' yang bermaksud 'I wait upon'.

Aktiviti terapi merupakan salah satu elemen penting dalam Pendidikan Khas. Menurut kamus perubatan Mosley (2001), terapi merupakan satu rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit atau mengalami sesuatu kecederaan yang bertujuan mengembalikan kefungsian badan yang baik secara normal. Dalam konteks Pendidikan Khas, terapi merupakan satu kaedah bagi membantu individu yang mempunyai pelbagai keperluan khas yang melibatkan aspek kognitif , emosi, sosial dan psikomotor mencapai perkembangan secara maksimum dan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti terapi dapat membantu murid-murid menguasai sesuatu kemahiran dari satu peringkat ke satu peringkat yang lebih tinggi.

0 comments:

Post a Comment