KERTAS KERJA

        1.0  PENGENALAN:
Kanak-kanak berkeperluan khas merupakan kanak-kanak yang mengalami masalah sama ada dalam aspek kognitif, fizikal atau afektif. Mereka memerlukan bimbingan dan penjagaan yang khusus daripada guru-guru pendidikan khas supaya dapat menguasai kemahiran untuk mengurus diri dan melakukan rutin-rutin harian secara berdikari. Dalam usaha untuk membantu murid-murid berkeperluan khas mengembangkan potensi dan kemahiran diri, beberapa program dan inisiatif telah dilaksanakan oleh pihak pengurusan sekolah, terutamanya guru-guru pendidikan khas.
            Program lawatan ke Hospital Bahagia Ulu Kinta ini adalah bertujuan untuk mendapatkan bantuan daripada pakar-pakar terapi cara kerja pihak hospital bagi menjalankan terapi cara kerja untuk murid-murid bermasalah pembelajaran.
        2.0  TAJUK:
Program Lawatan ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan
        3.0  PENGELOLA:
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yok Chin 31150 Hulu Kinta, Perak Darul Ridzuan.
        4.0  ASAS PERTIMBANGAN:
Program ini bertujuan untuk membantu mengembangkan kemahiran motor kasar dan motor halus murid-murid.
        5.0  RASIONAL:
Terapi cara kerja merupakan penjagaan kesihatan yang melibatkan penilaian awal, perancangan dan penilaian akhir kemahiran motor kasar dan motor halus kanak-kanak.
Terapi ini melibatkan aktiviti seperti menjalankan penilaian berstruktur kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam kemahiran motor kasar dan motor halus. Terapi cara kerja memberi fokus kepada aktiviti kemahiran motor halus dalam pembelajaran kanak-kanak seperti memegang pensel, menggunting, aktiviti seni lukis, memanik serta aktiviti koordinasi mata dan tangan.
Terapi cara kerja boleh menjurus ke arah membantu individu bermasalah fizikal dan intelek bagi mengatasi ketidakupayaan semaksima yang mungkin. Melalui terapi ini, perkembangan asas kanak-kanak seperti mandi, berpakaian dan makan akan dapat ditingkatkan. Kanak-kanak akan belajar cara-cara yang positif untuk menghadapi perubahan emosi diri.
        6.0  MATLAMAT:
6.1  Meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus murid-murid.
6.2 Membantu murid-murid bermasalah pembelajaran mengatasi ketidakupayaan mereka
      melalui terapi.
        7.0  OBJEKTIF:
7.1  Memberi pendedahan awal kepada murid-murid tentang terapi cara kerja.
7.2  Membantu murid-murid mengembangkan kemahiran motor kasar dan motor halus mereka.
        8.0  KUMPULAN SASARAN:
BIL
PERKARA
JUMLAH
1
Murid-murid Pendidikan Khas Tahun 4
(rujuk lampiran 1)
6 orang
2
Pensyarah Pengiring
2 orang

Jumlah
8 orang
  
        9.0  TARIKH:
23 Julai 2014 (Hari Rabu)
       10.0  TEMPAT:
Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan.
        11.0  PENGANGKUTAN:
Semua murid-murid akan menaiki kenderaan guru.
        12.0  JAWATANKUASA PELAKSANA:
Penaung                      : Encik Kiu Toh Seng
Guru Pengiring            : Cik Look Choon Wen, Cik Wong Mei Ti
Pengerusi                    : Cik Wong Mei Ti
Setiausaha                  :Cik Look Choon Wen
AJK Perhubungan     : Wong Ngei Ling
AJK Cenderahati        : John Wong Ying Kong
AJK Makan                 : Francis Tiong Chee Hang
AJK Keselamatan       : Zoe Lee Chia Yi


        13.0  TENTATIF PROGRAM:
MASA
AKTIVITI
10.45 pagi
Berkumpul di dewan sekolah dan bergerak ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan.
11.00 pagi
Tiba di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan.
Taklimat daripada pihak hospital.
11.30 petang
Terapi cara kerja dijalankan oleh ahli terapi cara kerja yang berkemahiran.
1.30 petang
Murid-murid berkumpul dan membuat refleksi.
2.30 petang
Majlis perasmian dan penutupan serta penyampaian cenderamata
3.00 petang
Bertolak balik ke Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yok Chin.

        14.0  ANGGARAN PERBELANJAAN:
BIL
PERKARA
KUANTITI
JUMLAH
CATATAN
1
Cenderahati
2 unit
*diambil dari stor
2


        15.0  PENUTUP:
Adalah diharapkan bahawa program ini dapat memulihkan anggota badan murid-murid yang lemah supaya dapat berfungsi dengan baik. Program ini dapat membantu murid-murid menguasai kemahiran motor kasar dan motor halus dengan lebih baik supaya mereka dapat hidup secara berdikari dalam kehidupan harian. Semoga segala aktiviti yang telah dirancang dapat dijayakan dengan sokongan dan kerjasama daripada semua pihak. Semoga program ini juga dapat memberi satu sinar baharu kepada murid-murid bahawa masalah mereka boleh disembuhkan melalui pelbagai terapi.




Disediakan oleh:
                   
(LOOK CHOON WEN)
Setiausaha,
Program Lawatan ke Hospital Bahagian Ulu Kinta, Tanjung Rambutan.
Guru Kelas Pendidikan Khas Tahun 4,
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Ipoh,
31150 Hulu Kinta,
Perak Darul Ridzuan.

Disemak oleh:
                               
(PUAN LING NGEI JING)
Ketua Panitia Bahasa Cina,
Sekolah Jenis Kebangsaan ( C) Ipoh,
31150 Hulu Kinta,
Perak Darul Ridzuan.

Disokong oleh:

                               
(ENCIK TANG LOK LEE )
Ketua Panitia Bahasa Melayu,
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Ipoh,
31150 Hulu Kinta,
Perak Darul Ridzuan.

Diluluskan oleh:
                               
(Encik Kiu Toh Seng)
Guru Besar,
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Ipoh,
31150 Hulu Kinta,
Perak Darul Ridzuan.
SENARAI NAMA MURID-MURID PENDIDIKAN KHAS TAHUN 4

BIL
NAMA
NO.SIJIL KELAHIRAN
ALAMAT RUMAH
NO.TEL
T.T
1.
Alan Ho Ann Huat

No 11, Jalan Ayaru Lim Garden, 30100 Ipoh, Perak.


2.
Angela Pau

4A, LRG 2B1, JLN Perpati,30100 Ipoh,Perak.


3.
Francis Tiong Chee Hang

No 16, Jalan Ayaru Lim Garden, 30100 Ipoh, Perak.


4.
John Wong Ying Kong

27, JLN Putra Bistari 2/5J, 30100 Ipoh, Perak.


5.
Wong Ngei Ling

15, JLN Damai, 30100 Ipoh, Perak.


6.
Zoe Lee Chia Yi

6A, LRG Salim 28C, 30100 Ipoh, Perak.



.           

0 comments:

Post a Comment