Pada tahun 1700-an, semasa ‘Age of Enlightenment’, terapi
cara kerja telah mula wujud. Pada masa inilah idea mengenai ‘keuzuran’ (badan
yang lemah) dan penyakit mental mula berevolusi. Menurut sejarah, pesakit
mental dilayan seperti banduan; dikurung dan dianggap berbahaya kepada
masyarakat.
Fenomena ini berterusan sehinggalah Philipe Pinel, seorang
doktor, ahli falsafah dan cendekiawan Perancis, dan William Tuke, seorang ahli
agama mula mencabar kepercayaan masyarakat mengenai pesakit mental. Pada masa
inilah falsafah, pemahaman dan rawatan baru mula muncul.
Pada 1793, Philipe Pinel menjadi perintis kepada apa yang
disebut sebagai ‘Rawatan Moral dan Cara Kerja’ (Moral Treatment and Occupation)
sebagai satu pendekatan yang digunakan untuk merawat individu yang mempunyai
penyakit mental. Beliau percaya bahawa rawatan atau pemulihan moral boleh merawat
emosi seseorang. Rawatan ‘moral dan cara kerja’ ini mula menggunakan takrif
cara kerja untuk ‘matlamat manusia- pengurusan masa, tenaga, minat dan
perhatian yang efektif’. Rawatan untuk pesakit mental ini kemudiannya menjadi
aktiviti harian yang bermakna. Pinel mula menyokong dan mengunakan literasi,
muzik, senaman fizikal dan kerja sebagai satu cara untuk ‘menyembuhkan’ tekanan
emosi dan seterusnya meningkatkan keupayaan seseorang untuk menjalankan
aktiviti harian.
Pada masa yang sama, William Tuke juga cuba mencabar
kepercayaan masyarakat mengenai layanan yang sepatutnya diberikan kepada
pesakit mental. Beliau berada sangat jijik dengan layanan yang diberikan kepada
pesakit mental dan kedasyatan keadaan yang terpaksa ditanggung oleh mereka
semasa berada di rumah sakit jiwa.
Tuke telah mengembangkan banyak prinsip yang akan
menyokong/membela penggunaan ‘rawatan moral’ untuk pesakit mental. Premis asas
yang menggariskan prinsip-prinsip ini adalah untuk melayan individu dengan
penyakit mental dengan ‘bertimbang rasa dan baik hati’. Tuke berpendapat bahawa
cara kerja, agama dan aktiviti bermakna perlu digunakan dalam rawatan untuk
memaksimumkan fungsi rawatan dan mengurangkan simptom sakit mental pesakit.
Tuke kemudiannya menjadi pengaruh yang unik dan positif
apabila beliau menemui sebuah pusat kerohaniaan di England yang berkongsi idea
yang sama. Beliau menggalakkan para pesakit untuk belajar dan berkembang dengan
melibatkan mereka dengan pelbagai aktiviti yang menarik (dikenali sebagai
aktiviti masa lapang atau hobi pada masa kini) yang akan diadaptasikan mengikut
tahap kebolehan dan minat mereka.
‘Rawatan Moral dan cara kerja’ ini mencapai zaman
kegemilangannya pada tahun 1840-1860 apabila rawatan ini diaplikasikan dalam
hospital-hospital di Amerika. Kebaikan seni dan kraf tangan mula disedari pada
masa itu. Seni dan kraf mula digunakan secara meluas untuk
mengalakkan/mengwujudkan ketenangan dan pada masa yang sama menimbulkan
perasaan ‘menjadi produktif’. Satu pendekatan menyeluruh yang baru telah mula
muncul.
Malangnya, pada abad ke19 di US, rawatan moral hampir pupus
dalam keadaan huru hara semasa dan selepas perang saudara (The American Civil
War). Rawatan ini diabaikan dan tiada sesiapa pun yang meneruskan idea dan
falsafah Tuke dan Pinel.
Mujurlah seorang jururawat yang bernama Susan Tracy telah
muncul tepat pada masanya (pada awal tahun 90-an). Beliau telah berjaya
mengembalikan penggunaan terapi ‘cara kerja’ untuk para pesakit mental. Beliau
mula melibatkan diri secara khusus dalam bidang ini dan memberikan pendidikan kepada
para bakal jururawat mengenai penggunaan aktiviti terapi sebagai sebahagian
daripada rawatan. Tracy menggunakan terma ‘Occupational Nurse’ atau jururawat
cara kerja kepada jururawat yang berjaya dididik dalam bidang ini.
Pada tahun 1914, dua orang individu memulakan siri
kesinambungan yang melibatkan penemuan sebuah organisasi untuk individu yang
berminat dalam ‘cara kerja’. George E. Barton, seorang arkitek telah
menghubungi Dr. William R. Dunton, Jr. kerana beliau berminat untuk mendalami
respon tubuh manusia pada terapi cara kerja.
Pada 15 Mac, NSPOT (The Nasional Society for the Promotion of
Occupational Therapy) telah ditubuhkan. Ahli Charterter masuk; Eleanor Clarke
Slagle (seorang pekerja khidmat sosial yang separuh terlatih), George Edward Barton
(seorang arkitek kurang upaya), Adolph Meyer (seorang pakar psikiatrik), Susan
Johnson, Thomas Kidner, Isabel G. Newton (setiausaha Barton yang kemudiannya
menjadi isteri beliau) dan Susan Tracy.

(Barisan perintis kepada terapi cara kerja)
Organisasi ini berkembang sepanjang tahun 1920-an dan 1930-an
sehingga era ‘The Great Depression’. Pada masa inilah perkaitan terapi cara
kerja dengan organisasi perubatan menjadi lebih kuat. Hal ini seterusnya
mengwujudkan pendekatan yang lebih saintifik dalam bidang ini. Organisasi ini
seterusnya dikenali sebagai ‘American Occupational Theraphy Association’ pada
hari ini.
Selepas ‘The Great Depression’, adalah sukar untuk mencari
ahli terapi disebabkan oleh faktor kekurangan bajet untuk mengaji staf klinik.
Kemudian muncul Perang Dunia Ke-2 yang memerlukan tenaga setiap ahli terapi
yang wujud! Pada ketika inilah ahli terapi cara kerja dipanggil untuk
mengembangkan program dan merawat askar cedera yang mana terlalu ramai
jumlahnya.
Dari 1940-an sehingga 1960-an, ‘Gerakan Rehabilitasi’
dijalankan secara besar-besaran. Dengan jumlah askar cedera (dari segi fizikal
dan mental) yang mencecah angka ribuan kembali selepas perang, terdapat
permintaan yang tinggi terhadap khidmat ahli terapi cara kerja. Pada ketika ini,
ahli terapi cara kerja bukan sahaja merawat individu yang mengalami sakit
mental yang telah diinstitusikan, tetapi telah mula merawat individu yang
mengalami kecacatan fizikal disebabkan oleh kecederaan semasa pertarungan.
Selain pesakit mental, veteran peperangan yang cedera, terapi
cara kerja turut dipanggil untul merawat pesakit yang terselamat daripada
‘keajaiban rawatan moden’ yang semakin meningkat. Kini, penggunaan terapi cara
kerja semakin meluas dengan klien-klien yang telah disebut sebelum ini, ditambah
dengan pesakit yang terselamat daripada kecederaan tulang belakang, amputasi,
kecederaan otak traumatik dan cerebral palsy.
Pada tahun 1947, ‘The Journal’, ‘Occupational Therapy and
Rehabilitation’ dan buku teks major yang pertama, ‘Willard & Spackman’s
Principles Of Occupational Theraphy’ telah diterbitkan. Ahli terapi cara kerja
telah mencapai status militari. Status ini membuka peluang untuk menerima
bantuan kewangan daripada kerajaan untuk memberikan pendidikan kepada ahli
terapi cara kerja, dan ia memberikan latihan kemahiran kepimpinan untuk ahli
‘American Occupational Therapy Association’.
Pada tahun 1956, pangkat ‘The Certified Occupational Theraphy
Assistant’ (COTA) telah diwujudkan untuk meringankan beban ahli terapi cara
kerja yang telah menjalankan kursus selama 4 hingga 6 tahun. COTA hanya
memerlukan latihan minimal. COTA bertugas sebagai pembantu.
Bidang terapi cara kerja terus berkembang. Pada tahun
1969-an, apabila perubatan menjadi suatu pengkhususan, begitu juga terapi cara
kerja. Ahli terapi cara kerja terus dipanggil dan mempunyai kelayakan untuk
memberikan rawatan dalam bidang pediatrics dan development disabilities.
Orang remain dikehendakki untuk melibatkan diri dengan
institusi yang telah ditingkatkan untuk membantu pesakit mental, membantu
individu yang mengalami kelemahan fizikal dan menjadikan individu yang
mengalami kelewatan perkembangan menjadi lebih berdikari dan ahli masyarakat
yang produktif. Ahli terapi cara kerja sesuai dengan peranan ini. Permintaan
untuk ahli terapi cara kerja terus meningkat
Pada tahun 1965, dibawah pembaharuan pada akta keselamatan
sosial Amerika, servis terapi cara kerja diberikan di hospital.
Pada tahun 1975, Akta Pendidikan Orang Kurang Upaya telah
diluluskan dan terapi cara kerja mula dimasukan dalam sekolah sebagai ‘servis
yang berkaitan’.
Pada tahu 1980-an dan 1990-an, terapi cara kerja telah mula
memberikan fokus yang lebih kepada kualiti kehidupan seseorang. Oleh itu,
penglibatannya dalam pendidikan, pencegahan, dan kesihatan telah menjadi lebih
besar. Matlamat terapi cara kerja adalah tertumpu pada pencegahan, kualiti dan
kemahiran berdikari yang berterusan.
0 comments:
Post a Comment